Total Pageviews

Saturday 1 October 2011

untuk renungan bersama

 Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam
 keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi
 oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang
 menjadi menyebabnya.


 Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan,
 berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan
 diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.

 Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki
 umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya
 terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi
 anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil
 masa yang lama.


 Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan
 imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah
 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh
 bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu
 anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi
 begini. Ohhh, itu silap.


 Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran,
 berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau
 sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan
 demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan
 keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang
 bersama keluarga?


Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan
perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan,
terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan -
 lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan
 semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.


Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang
kedegilan untuk tidak mahu memahami. Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat
sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba
dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata
sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.


Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda
pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan
mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan
mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan..


 Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah,
 akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta
 maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat
 untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih
 mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan
 kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.


 Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka
 memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi
 layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi
 awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.


 Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan
 wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan
 kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun
 pening dengan leteran anda.


Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik
dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak
tentang lelaki?



 Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

 Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang
ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.



kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
Kekuatan perasaan.

 Perempuan yang gagah,adalah:-

 1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
 2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
 4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan


Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

No comments:

Post a Comment